Sunday, March 14, 2010

SENARAI HARGA

Normal Facial : RM 30

SPECIAL FACIAL
* Rawatan Jerawat : RM 50
* Rawatan Menegang Muka : RM 50
* Rawatan Resdung : RM 35

RAWATAN BADAN
* Urut Aromatherapy Seluruh Badan
: RM 40
* Urut + Urut Batu Panas : RM 50
* Urut Batu Badan Seluruh Badan : RM 100
* Lulur : RM 40
* Mandi Susu : RM 30
* Mandi Bunga : RM 35
* Mencerahkan Badan : RM 80
* Manicure : RM 30
* Padicure : RM 40


PAKEJ A (RM110)
Facial + Urut Batu Panas + Lulur

PAKEJ B (RM 140.00)
Mencerahkan Badan + Lulur + Mandi Susu

PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN
1. Urut + Bertungku (RM60- Sehari)
2. Mandi Serum + Lulur Garam + Urut + Bertungku + Berbengkung
(RM 130 sehari)


Tuesday, March 9, 2010

PERKHIDMATAN

Selamat Datang Ke Neda Beauty & Spa. Rasailah keserian wajah dan tubuh anda sendiri....

2.1 Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan kecantikan terbahagi kepada berikut :

i.Rawatan Kulit (Skin Treatment)

ii.Rawatan Badan (Body Treatment)

iii.Pusat Rampingan (Slimming Centre)

iv.Nasihat Pemakanan (Dietary)


2.1.1 PERKHIDMATAN RAWATAN KULIT (Skin Treatment)

Perkhidmatan rawatan kulit yang disediakan oleh salun kecantikan umumnya melibatkan rawatan kulit muka. Walau bagaimanapun terdapat juga salun yang menjalankan rawatan khusus bagi kulit kepala dan badan.

a. RAWATAN KULIT MUKA (Facial Treatment)

Terdapat dua jenis rawatan muka iaitu:

  • Rawatan kecantikan
  • Rawatan kulit bermasalah

Kami menyediakan rawatan kecantikan ke atas kulit muka. Perkhidmatan rawatan muka yang lengkap dan komprehensif disediakan dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Rawatan muka yang lengkap melibatkan:

* Superficial Cleanse

* Deep Cleanse

* Steaming

* Exfoliating

* Skin conditioning and relaxation

* Toning

* Lotion dan Moisturiser

* Face massageand mask

* Face contour & Eye contour.

2.1.2 RAWATAN BADAN (Body Treatment)

Perkhidmatan rawatan badan adalah untuk mendapatkan dan memelihara bentuk badan yang dikehendaki. Selain mengurangkan berat badan, perkhidmatan rawatan badan juga membantu pergerakan saraf, muscle dan warna kulit badan.

Antara rawatan yang disediakan termasuk Urutan Badan, Bodywrap, Body Toning dan Spa. Selain itu, perkhidmatan sampingan termasuk Body contour dan Body polish.


a. KHIDMAT MENGURUT (Body Massage)

Perkhidmatan mengurut adalah antara pendekatan rawatan badan yang terbaik. Kini ;perkhidmatan massage therapist yang terlatih digunakan.

b. AROMATHERAPY

Aromatherapy adalah pendekatan holistik yang menggerakkan penyembuhan kulit melalui pencapaian fisikal dan psikologi secara serentak. Rawatan aromatherapy biasanya dilakukan untuk menghilangkan perasaan tertekan (stress) melalui urutan dengan menggunakan campuran pelbagai minyak urut yang mempunyai bau yang harum. Setiap minyak yang digunakan mempunyai keharuman dan keupayaan tersendiri untuk menggerakkan proses menenangkan perasaan fisikal dan mental di pelbagai peringkat. Rawatan ini perlu dijalankan oleh pakar therapist yang terlatih kerana kombinasi minyak yang tidak sesuai akan mendatangkan mudarat kepada pelanggan.

c. Rawatan SPA

Rawatan Spa sering dikaitkan dengan resort kesihatan yang menyediakan kolam renang, sauna dan jacuzzi dengan persekitaran yang mewah. Tetapi kini perkhidmatan rawatan spa seperti sauna, tanning dan body wrap boleh dilakukan di pusat kecantikan.


2.1.3 PUSAT RAMPINGAN (Slimming Centre)

Lebih dikenali ramai sebagai slimming centre, pusat rampingan menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan senaman dan khidmat therapi untuk mengurangkan berat badan. Pusat rampingan juga ada menyediakan perkhidmatan body wrap, sauna dan tanning.


2.1.4 NASIHAT PEMAKANAN (Dietary)

Perkhidmatan nasihat pemakanan amnya merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pakar pemakanan berkaitan dengan amalan pemakanan pelanggan dan penjagaan badan dan kulit melalui program pemakanan. Khidmat nasihat pemakanan perlu di jalankan oleh pakar pemakanan yang berkelayakan.

2.1.7 LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

* Hair removal

* Penjagaan tangan, kaki dan kuku

(Manicure & Pedicure)

Welcome To Neda Beauty & Spa

Assalamualaikum wbt...
Selamat Datang Ke Neda Beauty &
Spa...Satu tempat yang mampu menyerikan kehidupan anda...
Terima kasih keerana singgah seketika di
sini..Spa kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk wanita dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.
Persekitaran Neda Beauty & Spa

Ruang Spa & Sauna